URC Global Care Sdn Bhd
No. 16, Lebuh Keluli,
Kawasan Perindustrian
Perdana Bukit Raja,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Malaysia.
 +603-33438300
 +603-33438400
 +603-33438600
 
URC Global Care Sdn Bhd
23, Jalan Lampam 41,
Taman Puteri Resort,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim.

Latest News

Penyakit Kencing Tikus: Pembunuh Senyap

Dec 27, 2017
Penyakit kencing tikus atau dalam bahasa sainstifiknya, leptospirosis boleh dikategori sebagai pembunuh senyap kepada manusia yang sukar dikesan pada peringkat awal tetapi meragut nyawa.

Penyanyi, Izwan Pilus antara mangsa penyakit ini yang meninggal dunia dan kes terbaru membabitkan atlet sepak takraw negara, Syazreen Qamar dijangkiti simptom sama selepas dipercayai mandi air terjun di Negeri Sembilan sebelum dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Walaupun rekod penyakit ini tidak begitu popular menerusi publisiti dan hebahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepertimana usaha mengatasi demam denggi di negara ini tetapi penyakit kencing tikus berupaya meragut nyawa sesiapa saja tanpa diduga.

Mengikut statistik, jumlah penyakit ini adalah terendah sehingga menjadi faktor terhadap masyarakat di negara ini memandang ringan dan tidak mengambil serius mengenai usaha mencegah penyakit seumpama ini terus berlaku.

Hakikatnya, penyakit ini sangat berbahaya apabila ia disebarkan melalui sejenis bakteria dikenali sebagai leptospira yang dibawa seekor tikus yang juga boleh disebarkan haiwan lain seperti anjing dan serigala.Foto PustakaFoto Pustaka

Pada tahun lalu, seorang pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka meninggal dunia akibat terkena jangkitan bakteria berbahaya ini selepas mengikuti perkhemahan di Bukit Bakar, Machang Kelantan.

Disusuli satu lagi kes sama pada Oktober lalu menyaksikan seorang pelajar perempuan Kolej Matrikulasi Labuan disyaki terkena jangkitan sama dan dilaporkan meninggal dunia.

Terkini, kes seumpama berlaku di Kedah pada minggu lepas apabila keseronokan lima sekeluarga pulang bercuti bertukar menjadi mimpi ngeri selepas anak sulung mereka  meninggal dunia akibat positif dijangkiti virus penyakit kencing tikus.

Difahamkan, mangsa sebelum ini mengalami demam panas dan dimasukkan ke hospital swasta sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar setelah keadaannya menjadi semakin serius.

Sikap Masyarakat Pandang Ringan

Bagi membongkar sejauh mana keprihatinan rakyat di negara ini mengambil berat terhadap penyakit ini, wartawan Malaysian Digest melakukan tinjauan dan pemerhatian tahap kebersihan di kawasan perumahan dan premis restoran di sekitar Lembah Klang.

Menerusi tinjauan itu mendapati, tiga buah premis makanan dan tiga buah kawasan perumahan tidak mengamalkan langkah kebersihan yang baik.

Keadaan sampah-sarap yang tidak diurus dengan betul di rumah pangsapuri sekitar Petaling Jaya yang boleh mengundang pembiakan tikusKeadaan sampah-sarap yang tidak diurus dengan betul di rumah pangsapuri sekitar Petaling Jaya yang boleh mengundang pembiakan tikus

Ini pula di kawasan perumahan berdekatan dengan Desa HartamasIni pula di kawasan perumahan berdekatan dengan Desa Hartamas

Sementara itu, sesetengah penduduk yang sengaja mengundang wabak penyakit apabila sampah dibuang berdekatan dihadapan rumah. Ini berlaku di perumahan Bandar Tun Hussien OnnSementara itu, sesetengah penduduk yang sengaja mengundang wabak penyakit apabila sampah dibuang berdekatan dihadapan rumah. Ini berlaku di perumahan Bandar Tun Hussien Onn

Bagi premis makanan, kebersihan dapur tidak diberi penekanan sewajarnya apabila lantai kotor dan sisa makanan juga bersepah di merata tempat. Begitu juga, kawasan perumahan berdepan masalah sistem kutipan sampah tidak bersistematik termasuk sikap penduduk yang membuang sampah di merata tempat mengundang pembiakan tikus yang membawa virus berbahaya ini.

Restoran di Setiawangsa, di mana pekerja menggunakan mop lantai di atas meja makan baru-baru ini.Restoran di Setiawangsa, di mana pekerja menggunakan mop lantai di atas meja makan baru-baru ini.

Keadaan dapur yang kotor di Restoran Di Bukit BintangKeadaan dapur yang kotor di Restoran Di Bukit Bintang

Kawasan membasuh ayam mentah berdekatan dengan longgokan sampah di belakang Restoran Sentul Kuala LumpurKawasan membasuh ayam mentah berdekatan dengan longgokan sampah di belakang Restoran Sentul Kuala Lumpur

5 BAHAYA LALAT YANG WAJIB ANDA KATAHUI

Dec 8, 2017
5 BAHAYA LALAT YANG WAJIB ANDA KATAHUI
5 Bahaya Lalat Yang Harus Anda Ketahui-

Lalat adalah serangga atau vektor pembawa penyakit. Kita pasti melihat lalat banyak dijumpai di tempat-tempat yang kotor dan tidak higenik seperti tempat buangan sampah, longkang bahkan dibangkai haiwan yang sudah busuk. Bayangkan saja selepas haiwan tadi hinggap di tempat yang begitu kotor kemudian hinggap di makanan yang akan kita nikmati..tentunya hal ini sangat berisiko dan berbahaya.

Sebahagian orang belum sedar akan bahaya lalat. Seekor lalat boleh menjangkiti makanan dengan berjuta-juta kuman hanya dalam waktu beberapa jam sahaja. Ternyata sebanyak 33 juta mikroorganisma akan menjadi subur dalam suatu usus satu lalat, sedangkan setengah bilion lagi mengerumuni badan dan kakinya. Kebiasaannya lalat yang hinggap dimakanan kita akan bertelur di situ. Dan sudah pasti apa-apa yang sudah dihinggapi lalat ini akan tercemar dengan kuman jahat yang ada pada kaki, badan dan kepaknya dan sangat berbahaya untuk kesihatan manusia.

Bahaya lalat yang perlu anda ketahui:

1. Punca dan penyebar penyakit kolera

Bahaya lalat yang pertama adalah pencetus terjadinya penyakit kolera. Lalat merupakan penyebar bakteria vibrio cholerae yang paling serius. Kebiasaannya tabiat lalat yang hinggap pada kotoran membuat tubuhnya penuh dengan berjuta-juta bakteria yang menyebabkan jangkitan pada usus penderitanya.

2. Menunjukkan kaitan ulat dilapisan bawah kulit manusia.

Bahaya lalat ini sangat mengerikan. Ketika lalat hinggap di kulit manusia seketika, ianya mampu meletakkan telurnya di kulit manusia, kebiasaanya ketika kita tidur. Suhu panas tubuh manusia, membuatkan telur ini akan menetaskan menjadi larva. Larva lalat ini kemudian masuk ke dalam kulit, dan tumbuh besar dibawah kulit dengan perlahan-lahan memakan daging manusia. Permulaannya seperti bermasalah kulit dan jika tiada penyelesaian mampu membuatkan badan menjadi bernanah dan berulat.

3. Tubercolosis

Penyakit lain yang sering dibawa lalat adalah Tubercolosis atau yang kita kenali sebagai batuk kering. Penyakit ini menyerang saluran pernafasan.

4. Salmonellosis

Bahaya lalat selanjutnya adalah menyebabkan penyakit Salmonellosis, dimana gejalanya penderitanya seperti demam, sakit perut, cirit-birit, mual dan kadang-kadang muntah dan berlangsung selama 4 -7 hari.

5. Menyebabkan sakit mata

Lalat ternyata adalah salah satu penyebar bakteria yang menyebabkan sakit mata, di mana virus yang dibawa serangga ini akan menyerang selaput mata.

DAPATKAN HARGA KASIH SAYANG BAGI PAKEJ GENERAL PEST CONTROL UNTUK RESTORAN BERSERTA SIJIL PERKHIDMATAN!!
HUBUNGI 03-33438300 / 03-33438400

Apakah sebenarnya kerosakan yang dilakukan oleh anai-anai pada kita?

Nov 9, 2017
Anai-anai bukan sejenis serangga atau makhluk yang mendatangkan penyakit kepada manusia. Anai-anai sebaliknya merupakan sejenis makhluk perosak.

Umum mengetahui bahawa anai-anai memang kerjanya merosakkan harta benda kepunyaan manusia. Tapi apakah sebenarnya kerosakan yang dilakukan oleh anai-anai pada kita?.

Berikut adalah 3 perkara kerosakan yang dilakukan anai-anai untuk maklumat permbaca:

1. Merosakkan kayu di rumah atau bangunan lain yang mempunyai kayu. Struktur bangunan yang dibuat daripada kayu berdepan dengan bahaya kerosakan oleh anai-anai. Biasanya anai-anai yang paling bahaya merosakkan struktur kayu pada bangunan adalah anai-anai bawah tanah terutamanya dari spesis Coptotermes.
2. Merosakkan peralatan kayu di dalam dan diluar rumah. Jika segala struktur bangunan dibuat daripada bahan metal dan juga batu, anai-anai tetap mendatangkan masalah kerana mereka akan menyerang perabut serta peralatan lain yang berada di dalam bangunan. Tiang elektrik atau bahan dari kayu di luar rumah juga menjadi bahan serangan anai-anai dengan mudah.
3. Menjejaskan pertanian, perhutanan dan tanaman di dalam bandar. Ada dua spesis anai-anai bawah tanah yang kerjanya membunuh pokok-pokok hidup. Mereka adalah dari spesis Coptotermes curvignathus dan Microcerotermes dubius. Mereka mula makan kulit dan bahagian luar pokok yang akhirnya melemahkan dan mematikan pokok tersebut. Ada kalanya mereka mula makan terus dari dalam.
Daripada maklumat di atas, memang anai-anai tak menyerang dan mendatangkan penyakit pada manusia. tetapi jika lantai atau tiang atau perabot di rumah dimakan dan kita tidak menyedarinya, kita meletakkan diri dalam keadaan bahaya.

Untuk menyelamatkan harta benda anda, pastikan anai-anai dihapuskan daripada bermaharajalela di dalam bangunan tempat anda tinggal.

Hubungi URC Pest Control 03-33438300 untuk mendapatkan maklumat teknologi menghapuskan anai-anai secara umpan. Ia mampu membunuh keseluruhan anai-anai yang ada di sekeliling rumah anda.

Penting! khidmat pemeriksaan anai-anai adalah percuma. Hubungi URC Pest Control 03-33438300

PROMOTION!! PROMOTION

Oct 25, 2017
PROMOTION!! PROMOTION

PROMOTION!! PROMOTION

Oct 25, 2017
PROMOTION!! PROMOTION

PAKEJ BAITING SYSTEM

Apr 4, 2017
PAKEJ BAITING SYSTEM

Kutu suka hidup di kepala bersih

Feb 6, 2017
Kutu suka hidup di kepala bersih
“Walaupun telah menggunakan syampu rawatan kutu yang dibeli di farmasi untuk mematikan berbelas ekor kutu pada satu-satu masa, kami masih menemui kutu yang lain. Dua hari lalu, kami jumpa lagi beberapa ekor,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz4Xs5W3a00 
Hakcipta terpelihara 

DAPATKAN NATURAL LOTION UNTUK MENGHAPUSKAN KUTU. SELAMAT UNTUK MANUSIA, KANAK_KANAK DAN JUGA HAIWAN. PRODUK NATURAL LOTION ADALAH PRODUK 100% HERBA & BEBAS KIMIA.

Kementerian Kesihatan Dedahkan 162 Produk Kesihatan Yang Mengandungi Bahan Terlarang

Feb 4, 2017
Kementerian Kesihatan Dedahkan 162 Produk Kesihatan Yang Mengandungi Bahan Terlarang
http://www.asamgaram.net/2017/02/kementerian-kesihatan-dedahkan-162.html

Produk Natural Lotion Bebas Bahan Terlarang. 100% Herba. 100% Bebas Kimia. 
Hubungi/Whatsapp ke nombor 016-220 3219 untuk info atau layari http://www.licelotion.com/


Fast food outlet ordered to close, cockroach in drink

Jan 13, 2017
Fast food outlet ordered to close, cockroach in drink
Latest News!!
Fast food outlet ordered to close, cockroach in drink
http://www.nst.com.my/news/2017/01/203774/fast-food-outlet-ordered-close-cockroach-drink?d=1

Call Us For Expert in Pest Control Services.
Tel: 03-33438300 / 03-33438400
Whatsapp: 016-203219

Read More >> http://http://www.nst.com.my/news/2017/0

Chinese New Year Promotion

Jan 13, 2017
Chinese New Year Promotion

Lice Lotion

Apr 21, 2015
Lice Lotion
The lice lotion inhibit or disturb the respiratory system of the parasite. The parasite become weak and die in short time with out any side effect to the user. Therefore it can be easily comber out of the hair. We have use a combination of herb to inhibit the lice and nits activities. Othe natural ingredients sooth the scalp healthy, fresh and clean.

Get it now!

CLICK FOR MORE ARTICLES >> www.licelotion.com


BAITING SYSTEM PROMOTION!

Jun 27, 2014

CORRECTIVE SOIL TREATMENT

Jun 20, 2014

FREE Dengue Fogging to SHAH ALAM AREA

Jun 13, 2014